Terbaru Dari Facebook

Memaparkan catatan dengan label Galeri. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Galeri. Papar semua catatan

8.5.11

AL-MUNIR JUARA KESELURUHAN

0 komentar
TELUK INTAN, 8 Mei - Al-Munir telah dinobatkan sebagai juara keseluruhan bagi Ihtifal Peringkat Zon Teluk Intan pada tahun ini.

Majlis tersebut yang menyaksikan lapan acara dipertandingkan secara sengit di peringkat sekolah-sekolah agama rakyat di Teluk Intan, bermula dari pukul 8 pagi dan berakhir pada pukul 1.30 tengah hari.

Keputusan Ihtifal bagi Sekolah Rendah Al-Munir adalah seperti berikut:

Syarahan BM (L dan P) - johan
Syarahan BA (L dan P) - johan
Hafazan (L dan P) - johan
Nasyid (L) - johan
Khat (L) - naib johan
Khat (P) - johan
Bercerita (L dan P) - naib johan
Tilawah (*L) - naib johan
Marhaban (*L) - ketiga

Syabas bagi yang telah berjaya ke peringkat daerah. Bagi yang tidak mendapat rezeki, usah bimbang dan sedih. Insya-Allah peluang dan rezeki akan dikecapi di masa akan datang.

Sila ke album di Facebook untuk melihat gambar-gambar sekitar majlis.

15.2.11

FESTIVAL SUKAN AL-MUNIR 2011

1 komentar
Klik pada gambar untuk dibawa ke album rasmi di Facebook (maaf, terlewat kemaskini :> )

Album 1

Album 2

29.1.11

PROGRAM MOTIVASI KEIBUBAPAAN DAN HARI ANUGERAH 2011

0 komentar
Ustaz Asraf sedang memberikan ceramah
TELUK INTAN, 29 Jan. - Majlis tahunan, Motivasi Keibubapaan dan Hari Anugerah telah dilangsungkan pada hari ini. Majlis yang mengambil tempat di dalam dewan Al-Ameen ini bermula seawal jam 9 pagi.

Majlis bermula dengan bacaan doa oleh Ustaz Mukhlis Ghazali, diikuti ucapan alu-aluan Pengerusi sekolah, Tuan Haji Sanusi b. Suratman. Majlis diteruskan dengan ceramah motivasi oleh Ustaz Asraf Ismail, Penolong Pengarah Bahagian Penyelidikan JAIPk.

Seterusnya, tabung derma pembangunan dilancarkan sebelum pasukan nasyid sekolah, Soutul Munir, mendendangkan dua buah lagu untuk para hadirin.

Di akhir majlis, para hadirin dijemput menjamu selera di khemah bersebelahan.

Majlis berakhir jam 12 tengah hari.


----

Album sekitar majlis di sini.

22.1.11

PROGRAM MOTIVASI UPSR 2011

0 komentar

TELUK INTAN, 22 Jan. - Sekolah Rendah Agama Al-Munir telah mengadakan satu sesi motivasi untuk calon-calon UPSR 2011. Tahun ini, Us. Shahrazi, seorang guru kaunseling dari SMK Khir Johari telah dijemput untuk memberikan ceramah.

Slot bermula pada pukul 8 pagi dengan ceramah beliau yang menyentuh tentang kemahiran belajar secara lebih sistematik dan berkesan.

Majlis berakhir jam 10.00.


----

Album sekitar majlis di sini.

1.1.11

ORIENTASI PELAJAR BARU 2011

0 komentar
TELUK INTAN, 31 Disember - Program orientasi tahunan buat pelajar-pelajar baru telah dilangsungkan hari ini. Program ini bertujuan untuk memperkenalkan pelajar-pelajar baru tentang persekitaran sekolah, disiplin-disiplin dan tatacara yang perlu dipatuhi sebagai seorang pelajar, serta menerapkan pengetahuan asas tentang sekolah sebelum musim pembelajaran dan pengajian bermula Isnin ini.

Program bermula seawal 8 pagi dengan taklimat guru kelas, diikuti taklimat Penolong Kanan HEM dan lawatan ke sekitar bangunan sekolah. Selepas rehat, pelajar-pelajar kembali ke kelas untuk menerima buku latihan daripada guru kelas.

Program berakhir pukul 11 pagi.

----

Album sekitar majlis di sini.

31.12.10

PEMBANGUNAN (30 Disember 2010)

0 komentar
Sila klik gambar untuk melihat album penuh.

26.11.10

MAJLIS MAKAN TENGAHARI GURU-GURU AL-MUNIR

0 komentar
Sebelum terlambat, selamat bercuti diucapkan kepada seluruh warga Al-Munir. Apa aktiviti anda pada masa cuti ini? Tentunya menarik, ada yang pergi berkelah, pergi menziarahi sanak-saudara, melawat tempat-tempat bersejarah, hatta balik kampung menziarahi atuk dan nenek.

Bagaimana dengan guru-guru Al-Munir? Di bawah ialah salah satu program mereka semasa cuti sekolah. :)

Klik pada gambar untuk melihat album majlis ini.

15.11.10

JAMUAN AKHIR TAHUN ENAM

0 komentar
TELUK INTAN, 15 November - Majlis perpisahan dan jamuan akhir tahun berlangsung seperti lazimnya pada tahun ini. Semua guru telah dijemput untuk memeriahkan lagi majlis tersebut.

Majlis bermula pada jam 2.15 petang dengan ucapan daripada wakil murid, disusuli dengan persembahan nasyid dan sajak oleh pelajar tahun enam.

Majlis kemudiannya menjemput semua hadirin yang terdiri daripada murid-murid, guru-guru, dan kakitangan untuk menjamu selera sejurus selepas bacaan doa oleh pelajar tahun 6T, Ahmad Fakhrur Razi Ahmad Mahfuz.

Majlis bersurai jam 4 petang.



----

Album sekitar majlis di sini.

13.11.10

KEPUTUSAN UPSR 2010

0 komentar
TELUK INTAN, 11 November - Keputusan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah diumumkan jam 10.30 pagi di kelas 6 Ibnu Khaldun. Seramai lima orang telah mendapat 5A - Ahmad Sohibul Firdaus, Laila Ilya, Nurul Athirah, Nurhayati, dan Ummi Salamah.


Tujuh orang pula telah mendapat 4A 1B iaitu Nurul Sakinah, Syafiqah Syahirah, Aina Syakira, Anees Syafinaz, Aina Solehah, Muhd Eilhafiz, dan Muhd Hanif.

Tahniah diucapkan kepada semua.

 Album sekitar majlis di sini.

21.9.10

UPSR BERMULA!

0 komentar
Berdoa sebelum bertolak ke medan jihad.
TELUK INTAN, 21 September - Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) bermula pada hari ini. Seramai 52 orang calon dari Sekolah Rendah Agama Al-Munir bakal menduduki peperiksaan ini.

Marilah sama-sama kita doakan agar mereka semua mendapat kejayaan yang selayaknya atas segala usaha gigih mereka selama ini.


Bittaufiq wannajah!

---
Album sekitar majlis di sini.

7.9.10

PROGRAM IHYA' RAMADAN DAN WIDA' RAMADAN

0 komentar
Ustaz Alfian sedang memberi ceramah.
TELUK INTAN, 3 September - Satu majlis Ihya' Ramadan telah dilangsungkan di Surau As-Saadah berdekatan dengan Sekolah Rendah Al-Munir di sini. Program yang dijalankan setiap hari Jumaat selama satu jam tersebut mewajibkan semua pelajar dan guru untuk turut serta.

Program Ihya' Ramadan ini, yang bermaksud 'menghidupkan Ramadan', bertujuan sebagai suatu bentuk wasilah untuk memberikan semangat kepada yang hadir akan peri penting dan besarnya fadilat bulan Ramadan. Di samping itu, ia juga bertujuan untuk menggalakkan pelajar-pelajar yang masih kecil untuk berpuasa.

Program ini, bagaimana pun, hanya sempat dilaksanakan sebanyak tiga kali dan tiga orang penceramah telah dijemput. Penceramah-penceramah tersebut ialah Ustaz Abdul Fattah Awang, Ustaz Suhaimi Abdul Hamid dan Ustaz Alfian Mohd Nor.

Pada hari terakhir program ini, para pelajar dan guru bersalaman sebagai tanda wida' sebelum bercuti selama 16 hari sempena meraikan Hari Raya Aidilfitri.

Program berakhir pada jam 12 tengah hari.

---
Album sekitar majlis di sini.

30.7.10

AKTIVITI KOKURIKULUM AL-MUNIR

0 komentar
Alhamdulillah, dengan izin-Nya, Al-Munir telah berjaya menubuhkan tiga buah kelab untuk aktiviti kokurikulum para murid. Tiga kelab tersebut ialah Kelab Khat, Kelab Seni Kreatif, dan Kelab Kemahiran Hidup. Klik pada pautan di bawah untuk melihat video atau gambar-gambar sekitar program.

[Video] Aktiviti minggu ke-4 (Kelab Kemahiran Hidup + Kelab Seni Kreatif + Kelab Khat)
[Video] Huruf Ro - Kelab Khat
[Video] Membuat Sandwich - Kelab Kemahiran Hidup
[Video] Membuat Fail - Kelab Seni Kreatif

[Imej] Kelab Seni Kreatif
[Imej] Kelab Khat
[Imej] Kelab Kemahiran Hidup

16.5.10

SAMBUTAN HARI GURU 2010 HANGAT

0 komentar
TELUK INTAN, 14 Mei - Sekolah Rendah Al-Munir Padang Tembak telah melangsungkan sambutan Hari Guru lebih awal berikutan hal-hal yang tidak dapat dielakkan. Walau bagaimanapun, sambutan ini didapati cukup meriah walaupun dibuat dua hari lebih awal.

Seawal jam 7.30 pagi, para murid dan guru berkumpul dan berbaris di medan perhimpunan. Majlis dimulakan dengan bacaan al-Fatihah, lagu Negaraku, juga lagu sekolah. Majlis kemudiannya disusuli ucapan daripada wakil pelajar, Hanif Jamaluddin, diikuti ucapan perutusan Hari Guru oleh Ustaz Haji Suhaimi Haji Sanusi, diakhiri dengan ucapan daripada Pengerusi Sekolah Rendah Al-Munir, Tuan Haji Sanusi Suratman.

Kemudian tibalah slot persembahan daripada murid dan guru. Murid-murid cukup hebat mendeklamasi sajak dan berpantun. Tidak kurang juga yang mampu bernasyid walaupun hanya beberapa hari sahaja membuat persediaan. Lakonan daripada pelajar yang membuatkan para guru tidak kering gusi pula memeriahkan lagi suasana.

Apabila tiba giliran para guru membuat persembahan, Al-Munir diselubungi sunyi. Deklamasi sajak oleh Ustazah Saadah Abbas, disusuli oleh Ustaz Hafiszuddin Ainuddin, yang dihiasi muzik latar yang menyedihkan membuatkan ramai guru dan pelajar tunduk, menitiskan air mata.

Kemuncak majlis akhirnya jelang tiba dengan penyampaian hadiah oleh para murid kepada guru-guru, menandakan kasih sayang mereka pada guru-guru yang telah berkorban mendidik mereka selama ini.

Majlis berakhir pada pukul 9.30 pagi.


---
Album sekitar majlis di sini.

29.3.10

SUKAN TAHUNAN 2010 MERIAH

0 komentar

25.3.10

MINGGU PRA-SUKAN AL-MUNIR

0 komentar
TELUK INTAN, 22 Mac - Bermula dari tarikh ini, Sekolah Rendah Al-Munir telah mengadakan latihan pra-sukan untuk menghadapi Hari Sukan kali ke-7 pada Ahad depan (28 Mac).

Latihan bermula dengan perbincangan antara rumah sukan pada hari Isnin. Setiap rumah sukan (Merah, Biru, Kuning, dan Hijau) diwajibkan membuat perbincangan untuk menetapkan siapa yang akan memasuki acara-acara yang ditetapkan.

Pada hari Selasa dan Rabu, latihan perbarisan diadakan. Para pelajar akan membuat perbarisan dan berkawat dari padang perhimpunan ke dataran kosong di sebelah Masjidut-Taqwa.

Seawal 7.45 pagi latihan sukan dan sukaneka dimulakan untuk para pelajar tahap satu pada hari Khamis. Latihan perbarisan pula diteruskan untuk pelajar tahap dua. Latihan berhenti menjelang waktu rehat dan kemudiannya diteruskan untuk pelajar-pelajar tahap dua untuk acara sukan dan sukaneka.

Raptai acara sukan diadakan pada pagi Jumaat di Padang Majlis Perbandaran, Teluk Intan.

 

30.1.10

PROGRAM MOTIVASI KEIBUBAPAAN DAN ANUGERAH CEMERLANG 2010 MERIAH

2 komentar

TELUK INTAN, 30 Januari - Program Motivasi Keibubapaan dan Anugerah Kecemerlangan Al-Munir 2010 mendapat sambutan yang memberangsangkan daripada para tetamu yang hadir. Majlis ini bertujuan sebagai makluman dan penerangan kepada ibu bapa dan orang ramai berkenaan perihal Sekolah Rendah Al-Munir dan sejarahnya, di samping memberikan hadiah dan anugerah kepada pelajar yang telah mempamerkan prestasi cemerlang di dalam peperiksaan pada tahun lepas. Dianggarkan lebih 200 orang termasuk ibu bapa dan pelajar telah datang memeriahkan majlis.

Majlis dimulakan seawal 9 pagi dengan bacaan doa pembukaan oleh Ustaz Borhan bin Abu Hassan. Majlis kemudiannya diteruskan dengan ucapan Pengerusi Sekolah Rendah Al-Munir, Haji Sanusi bin Suratman. Dalam ucapannya, beliau telah menerangkan tentang sejarah, sistem pengajaran dan pembelajaran, pembangunan dan aktiviti-aktiviti Sekolah Rendah Al-Munir, disertakan dengan beberapa paparan gambar.

Majlis diteruskan lagi dengan ceramah oleh Yang Berbahagia Ustaz Haji Muhammad Nasar bin Haji Kurdi, Penolong Pengarah Bahagian Pendidikan, Jabatan Agama Islam Perak. Beliau menggantikan tempat Yang Berbahagia Dato' Sheikh Mohd Nor bin Mansur, Pengarah Jabatan Agama Islam, yang tidak dapat hadir atas beberapa urusan yang tidak dapat dielakkan.

Di dalam ucapannya, Ustaz Haji Muhammad Nasar menekankan pembelajaran agama dalam diri murid-murid, terutamanya yang masih kecil. Beliau kemudiannya merasmikan pelancaran tabung pembangunan Al-Munir. Harapan beliau ialah dengan sedikit sumbangan daripada semua yang hadir, Al-Munir dapat menampung lebih ramai pelajar dan memberikan keselesaan kepada semua murid untuk menuntut ilmu agama.

Acara yang dinantikan menjelang sejurus selepas ceramah motivasi tersebut. Pasukan nasyid Al-Munir, Shoutul Munir, dijemput untuk mendendangkan dua buah lagu. Majlis kemudiannya diakhiri dengan acara kemuncak iaitu penganugerahan hadiah bagi pelajar cemerlang 2009 dalam peperiksaan akhir tahun, peperiksaan UPSR, dan UPKK.

Majlis berakhir pada jam 12.30 tengah hari dengan penyampaian cenderamata kepada Ustaz Haji Muhammad Nasar dan jamuan tengah hari kepada para hadirin.

19.1.10

PANORAMA - 18 JANUARI 2010


11.1.10

PELANTIKAN PENGAWAS BARU 2010


2.1.10

ORIENTASI PELAJAR BARU 2010




Jika loading perlahan, anda boleh memilih untuk melihat album tanpa slideshow. Klik sini.