Terbaru Dari Facebook

8.5.11

AL-MUNIR JUARA KESELURUHAN

0 komentar
TELUK INTAN, 8 Mei - Al-Munir telah dinobatkan sebagai juara keseluruhan bagi Ihtifal Peringkat Zon Teluk Intan pada tahun ini.

Majlis tersebut yang menyaksikan lapan acara dipertandingkan secara sengit di peringkat sekolah-sekolah agama rakyat di Teluk Intan, bermula dari pukul 8 pagi dan berakhir pada pukul 1.30 tengah hari.

Keputusan Ihtifal bagi Sekolah Rendah Al-Munir adalah seperti berikut:

Syarahan BM (L dan P) - johan
Syarahan BA (L dan P) - johan
Hafazan (L dan P) - johan
Nasyid (L) - johan
Khat (L) - naib johan
Khat (P) - johan
Bercerita (L dan P) - naib johan
Tilawah (*L) - naib johan
Marhaban (*L) - ketiga

Syabas bagi yang telah berjaya ke peringkat daerah. Bagi yang tidak mendapat rezeki, usah bimbang dan sedih. Insya-Allah peluang dan rezeki akan dikecapi di masa akan datang.

Sila ke album di Facebook untuk melihat gambar-gambar sekitar majlis.

15.2.11

FESTIVAL SUKAN AL-MUNIR 2011

1 komentar
Klik pada gambar untuk dibawa ke album rasmi di Facebook (maaf, terlewat kemaskini :> )

Album 1

Album 2

29.1.11

PROGRAM MOTIVASI KEIBUBAPAAN DAN HARI ANUGERAH 2011

0 komentar
Ustaz Asraf sedang memberikan ceramah
TELUK INTAN, 29 Jan. - Majlis tahunan, Motivasi Keibubapaan dan Hari Anugerah telah dilangsungkan pada hari ini. Majlis yang mengambil tempat di dalam dewan Al-Ameen ini bermula seawal jam 9 pagi.

Majlis bermula dengan bacaan doa oleh Ustaz Mukhlis Ghazali, diikuti ucapan alu-aluan Pengerusi sekolah, Tuan Haji Sanusi b. Suratman. Majlis diteruskan dengan ceramah motivasi oleh Ustaz Asraf Ismail, Penolong Pengarah Bahagian Penyelidikan JAIPk.

Seterusnya, tabung derma pembangunan dilancarkan sebelum pasukan nasyid sekolah, Soutul Munir, mendendangkan dua buah lagu untuk para hadirin.

Di akhir majlis, para hadirin dijemput menjamu selera di khemah bersebelahan.

Majlis berakhir jam 12 tengah hari.


----

Album sekitar majlis di sini.

22.1.11

PROGRAM MOTIVASI UPSR 2011

0 komentar

TELUK INTAN, 22 Jan. - Sekolah Rendah Agama Al-Munir telah mengadakan satu sesi motivasi untuk calon-calon UPSR 2011. Tahun ini, Us. Shahrazi, seorang guru kaunseling dari SMK Khir Johari telah dijemput untuk memberikan ceramah.

Slot bermula pada pukul 8 pagi dengan ceramah beliau yang menyentuh tentang kemahiran belajar secara lebih sistematik dan berkesan.

Majlis berakhir jam 10.00.


----

Album sekitar majlis di sini.

17.1.11

PELANTIKAN PENGAWAS 2011

0 komentar


TELUK INTAN, 17  Jan. - Majlis penyampaian pelantikan dan bacaan ikrar pengawas-pengawas baru tahun ini telah berlangsung pagi ini. Bermula jam 7.40 pagi, majlis dimulakan dengan penyerahan watikah kepada semua pengawas. Seramai 18 orang lelaki dan 18 orang perempuan telah dilantik menjadi pengawas pada tahun ini. Nur Fasihah bt Faisaluddin telah dilantik menjadi ketua pengawas, manakala Mior Muhd Khalis b Mior Ahmad Zaini ditaklifkan menjadi penolong ketua pengawas.

Majlis kemudiannya disusuli dengan bacaan ikrar oleh semua pengawas yang diketuai oleh Mohd Fauzan b Mohd Azhar.

Setelah itu, majlis diteruskan dengan ucapan daripada Penolong Kanan HEM, Hj. Suhaimi b Hj. Sanusi berkenaan dengan tanggungjawab semua pengawas dan disiplin pelajar lain terhadap pengawas.

Diharapkan semua pengawas dapat menjalankan amanah yang ditaklifkan ini dengan sepenuh hati. Moga-moga Allah membalas dengan balasan yang berlipat ganda atas tugasan yang kalian lakukan ini. Amin ya Rabbal 'Alamin.

----

Album sekitar majlis di sini.

1.1.11

ORIENTASI PELAJAR BARU 2011

0 komentar
TELUK INTAN, 31 Disember - Program orientasi tahunan buat pelajar-pelajar baru telah dilangsungkan hari ini. Program ini bertujuan untuk memperkenalkan pelajar-pelajar baru tentang persekitaran sekolah, disiplin-disiplin dan tatacara yang perlu dipatuhi sebagai seorang pelajar, serta menerapkan pengetahuan asas tentang sekolah sebelum musim pembelajaran dan pengajian bermula Isnin ini.

Program bermula seawal 8 pagi dengan taklimat guru kelas, diikuti taklimat Penolong Kanan HEM dan lawatan ke sekitar bangunan sekolah. Selepas rehat, pelajar-pelajar kembali ke kelas untuk menerima buku latihan daripada guru kelas.

Program berakhir pukul 11 pagi.

----

Album sekitar majlis di sini.