Terbaru Dari Facebook

7.9.10

PROGRAM IHYA' RAMADAN DAN WIDA' RAMADAN

Ustaz Alfian sedang memberi ceramah.
TELUK INTAN, 3 September - Satu majlis Ihya' Ramadan telah dilangsungkan di Surau As-Saadah berdekatan dengan Sekolah Rendah Al-Munir di sini. Program yang dijalankan setiap hari Jumaat selama satu jam tersebut mewajibkan semua pelajar dan guru untuk turut serta.

Program Ihya' Ramadan ini, yang bermaksud 'menghidupkan Ramadan', bertujuan sebagai suatu bentuk wasilah untuk memberikan semangat kepada yang hadir akan peri penting dan besarnya fadilat bulan Ramadan. Di samping itu, ia juga bertujuan untuk menggalakkan pelajar-pelajar yang masih kecil untuk berpuasa.

Program ini, bagaimana pun, hanya sempat dilaksanakan sebanyak tiga kali dan tiga orang penceramah telah dijemput. Penceramah-penceramah tersebut ialah Ustaz Abdul Fattah Awang, Ustaz Suhaimi Abdul Hamid dan Ustaz Alfian Mohd Nor.

Pada hari terakhir program ini, para pelajar dan guru bersalaman sebagai tanda wida' sebelum bercuti selama 16 hari sempena meraikan Hari Raya Aidilfitri.

Program berakhir pada jam 12 tengah hari.

---
Album sekitar majlis di sini.

Tiada ulasan: