Tokoh Abd Al-Rahman Ibn Muhammad Ibn Khaldun (عبد الرحمن بن محمد بن خلدون الحضرمي) ataupun lebih dikenali dengan Ibn Khaldun merupakan salah seorang pakar sains Islam yang hidup antara tahun 1332 - 1395.
Nama penuhnya adalah Abd al-Rahman ibn Muhammad ibn Muhammad ibn Abi Bakr Muhammad ibn al-Hasan Ibn Khaldun lahir pada 27 Mei 1332 di Tunisia dan meninggal 17 Mac 1406 di Kaherah, Mesir.
Keluarga Ibn Khaldun merupakan orang berada yang memberikan
pendidikan terbaik kepadanya. Ibn Khaldun merupakan salah seorang pakar
sejarah Arab teragung, juga dikenali sebagai bapa kepada sejarah
kebudayaan dan sains sosial moden. Ibn Khaldun turut mengembangkan
falsafah tidak berasaskan keagamaan paling awal, terkandung dalam
karyanya Muqaddimah (“Pengenalan”). Ibn Khaldun juga menulis sejarah
Muslim di Afrika Utara yang terulung.
Ibn Khaldun menjawat beberapa jawatan di bawah pemerintah Tinisia
dan Morocco dan pada tahun 1363 bertindak sebagai duta raja Moor di
Granada, kepada Pedro Kejam Castile "the Cruel of Castile".
Ibn Khaldun belayar ke Alexandria pada Oktober 1382, dimana beliau
menghabiskan riwayatnya sebagai guru dan pensyarah di Al-Azhar dan
universiti lain. Ibn Khaldun juga pernah dilantik sebagai Hakim Diraja
oleh Sultan Abul Abbas, Cairo dan mengerjakan haji pada 1387.
Ibn Khaldun menyertai orang-orang Mesir dalam kempen mereka
memerangi Tamerlane, pemerintah Mongol, dan bertanggung jawab mengatur
penyerahan diri bandar Damsyik semasa ketiadaan Sultan Faraj.
Karya teragungnya bermula sebagai penulisan mengenai sejarah
orang-orang Arab dan Barber, tetapi mengandungi pendekatan saintifik
mengenai pemahaman sejarah, politik, dan ekonomi. Ibn Khaldun juga
mempercayai bahawa perkara yang di kurniakan Allah boleh dibuktikan
secara empirikal.
Ibn Khaldun juga memajukan konsep ekonomi, perdagangan dan
kebebasan. Ibn Khaldun membangunkan idea bahawa tugas kerajaan hanya
terhad kepada mempertahankan rakyatnya dari keganasan, melindungi harta
persendirian, menghalang penipuan dalam perdagangan, mencetak dan
menguruskan penghasilan wang, dan melaksanakan kepimpinan politik
bijaksana dengan perpaduan sosial dan kuasa tanpa paksaan.
Dalam segi ekonomi, Ibn Khaldun memajukan teori nilai dan
hubungkaitnya dengan tenaga buruh, memperkenalkan pembahagian tenaga
kerja, menyokong pasaran terbuka, menyedari kesan dinamik permintaan
dan bekalan keatas harga dan keuntungan, menolak cukai yang tinggi,
menyokong perdagangan bebas dengan orang asing, dan percaya kepada
kebebasan memilih bagi membenarkan rakyat bekerja keras untuk diri
mereka sendiri.
Tambahan lagi, Ibn Khaldun terkenal kerana hasil kerjanya dalam sosiologi, astronomi, numerologi, kimia, dan sejarah. Secara berseorangan, Ibn Khaldun telah meletakkan titik mula bagi tradisi intelelek pemikiran bebas Islam dan Arab, kerajaan bertanggung jawab, pasaran efisien, penyiasatan sains empirikal, pengkajian sosialogi, dan penyelidikan sejarah.
"Sesiapa jua yang mengambil harta orang lain, atau menggunakannya untuk kerja paksa, atau membuat tuduhan yang tidak wajar hendaklah ingat bahawa ini adalah apa yang Pemberi Hukum maksudkan apabila melarang ketidakadilan."
- Ibn Khaldun
Sumber: Wikipedia